sekadar ingin berkongsi

Isnin, 23 Jun 2014

Resepi Tempe Masak 3 Rasa! So sedap!

Assalamualaikum!

CikAni terpaksa curi2 waktu bekerja untuk update blog CikAni harini. Sori Bos! Saya akan siapkan kerja harini jgk! hoho. Mcm la bos dgr kann... (Sudah la hani~)

Sebenarnya CikAni nak kongsikan resepi yang menjadi kegemaran incik hubby..iaitu Tempe Masak 3 Rasa! hee...mmg sedap..kalau boleh hari-hari la hubby CikAni mintak nak mkn lauk ni...huhu..CikAni orite je..masakan yg simple kot..sonang kerjaku...hikhik

 Resepi ni CikAni copy dari Blog Cik Tom..byk resepi yang best2 ada kat situ..hari2 pn CikAni usha blog tu..hoho *kantoi*


  

                                        Gambar ihsan Blog Cik Tom

 Bahan A

1 peket Tempe (dipotong kecil)
100 gram ikan bilis
2 biji ubi kentang (dipotong halus)
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Bahan B (sos)

6 batang kacang buncis
2 biji bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 inci halia (dihiris)*CikAni tumbuk je sekali dgn bawang*
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
1 sudu besar tepung jagung
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa
Sedikit air

Bahan C (hiasan)

2 biji cili merah (dihiris)
2 biji hijau (dihiris)
1 biji tomato (dipotong dadu)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
2 helai daun limau purut

 Cara-cara masakan Resepi Masak Tempe 3 Rasa Mudah dan Sedap:

1. Ikan bilis, kentang dan tempe digoreng garing terlebih dahulu. Kemudian ketepikan dan mula masak untuk sos.

2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar sehingga naik wangi.

3. Masukkan kesemua bahan B yang lain, kacau rata dan biarkan mendidih.

4. Masukkan bahan C dan tutup api. 

5. Curahkan kuah sos di atas ikan bilis, kentang dan tempe tadi.

Haaaa...senang lagi ringkas kan?? Boleh dijadikan idea utk para tukang masak yg kekeringan idea nk masak apa harini..hehe. Selamat mencuba! :)

Wassalam
Hani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan