sekadar ingin berkongsi

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

Khamis, 29 Oktober 2009

...aNuGeRaH bUaT TeMaN...

ERTI KAWAN:
SAHABAT(TEMAN)
BERSAUDARA
PENASIHAT
SUSAH SENANG BERSAMA
PENDORONG
SANGGUP BERPISAH KERANA KEBENARAN
2 PERKARA YANG MESTI KITA LUPAKAN
KEBAIKAN KITA PADA ORANG LAIN
KEBURUKAN ORANG LAIN PADA KITA
2 PERKARA YANG MESTI KITA INGAT
KEBURUKAN KITA PADA ORANG LAIN
KEBAIKAN ORANG LAIN PADA KITA
MUTIARA KATA SEORANG SUFI
HAK SEORANG KAWAN JIKA ENGKAU TIDAK MAMPU MEMBERI BANTUAN KEPADANYA, JANGANLAH PULA ENGKAU MEMBERI KESUSAHAN KEPADANYA, JIKA ENGKAU TIDAK MAMPU MENGGEMBIRAKANNYA, JANGANLAH PULA ENGKAU MENDUKACITAKANNYA, JIKA ENGKAU TIDAK MAMPU MEMUJINYA, JANGANLAH PULA ENGKAU MENGEJINYA...
CINTAILAH orang yang engkau cintai sekadarnya saja, siapa tahu suatu hari nanti ia menjadi orang yang engkau benci pula
BENCILAH orang yang engkau benci sekadarnya saja, siapa tahu suatu hari nanti ia menjadi orang yang engkau cintai pula
-saidina Ali Abi Talib-*
Artikel asal oleh : Penceramah motivasi Ustaz al-kausar

Selasa, 27 Oktober 2009

im a biG gurl...SayAnG Mak~~~(^.^)

hurm....

tggal beberape jam je lg aku akn memasuki alam 20-an..huhuuuu.. seram gak asenye... tp klu org len la ade gak yg x prasaan ape2 bile masok 20-an ni.. dorg xde rase ape2 pn.. em.. tp aku?? neves!huk3..layakkah aku?? pd pndpt aku la.. bile kite da mjangkau ke umo 20-an ni.. tggugjwb pn da makin berat... kene jadi dewasa... kene bantu keluarga,agama, bgsa dan negare.. (cewah~) huhu...dgn muke yg still comot.. dgn perangai yg msih kebudak2kan ni.. haih.. x sesuwai!! bile nk brubah ni??????????(-.-)

emm..wahai insan yg bename hani.... kau kene kuat! kau kene matang! hani bole!! wuuuu...:p


hani + matang = mampu ke???

tgh org len sebuk beperang ngan buku msg2 (study)... aku pule g beperang n perasaan sndiri...( wah...kagumnye aku n ayat sndiri..hehe)... klu aku ckp xnk 20 tahun... msti org kate aku gile..
huk2... x ley ke kekal ngan usia belasan tahun????? hm...

xpe hani..... u can do it!!

*haaa..i wanna share my present from my beloved mom~ *_^

now... i still dunno wats inside dis cute pink box.. mak suh bkk bile tepat 28hb okt but ayat2 penawar kat atas box ni da cukup wat aku exited... terima kasih mak!! sayaaaaaang mak!!!:) sgt comel la adiah ni... heeeee:D








-sy masih belasan tahun-

20.30/27th oct

Jumaat, 16 Oktober 2009

Its CoMPliCatEd...

Dipetik dari sebuah buku psykologi... ...
Kiter renungkan sesama... mungkin ade hikmah disebaliknya"I LOVE U"

Anda mengetahui yg anda merindui seseorang apabila
jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia.
Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang.
Ulasan:
anda mungkin menaruh hati kepadanya,
cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya
sebagai kenyataan.

Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu.
Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukaikamu.
Jangan jadi terlalu 'sweet', saya mungkin jatuh
hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangikamu jika kamu
tidak mahu membalasnya.
Ulasan:
seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanyasebenarnyamenyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi
sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu
dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih ... terimalah
kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah
membahagiakan kamu.
Ulasan:
Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkanbersama anda,
dia akan kembali.

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada
di hadapan kamu, Jangan melarikan diri daripadanyakerana suatu hari nanti, kamu pasti akanteringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.
Ulasan:
hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untukmencari orang
yang menyayangi kita. yang palingberharga ialah hati yang ikhlas.

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil.
Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlahbahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali,mungkin tiada lagi peluang kedua.
Ulasan:
Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telahbertemu dengan orang yg
sesuai, maka hargailah dia,jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Janganbertangguh
kerana takut. Cubalah dahulu atau anda akan
menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja.Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan andabenar2 bahagia.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata
yg satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki
tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu,
"Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis
yg menyayangisaya berlalu begitu sahaja."
Ulasan:
Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yangsengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpaberusaha untuk mendapatkannyaatau mempertahankannya.
Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir
atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu
sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan
yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau diamana sahaja anda berada.
Ulasan:
Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkinbukanlah orang yang benar2 anda sayangi.
Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapatbersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah.

Lawaknya bila kita meletakkan
standard untuk orang ygbakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita
tahu yang orang yg kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu. (don't be too choosy!)Ulasan:
kita amat kritikal terutamanya kepada orang yg kita
sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaikuntuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusahabersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.

Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan.
Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepadaorang yg bertuah.
Ulasan:
Jika anda bertemu seseorang yang benar2 menghargai anda, maka dia
berhak mendapat kasih anda.

Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano.pertama, kita bermain ikut
peraturannya. Kemudian,lupakan peraturannya dan main ikut hati.
Ulasan:
kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting.Untuk
mempercayai seseorang yang anda sayang/cintai, anda
mestilah membuat dia mempercayai anda dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan anda. Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap anda dan jangan ragu-ragu
terhadap mereka.

Apa kata seseorang memberitahu anda ini " saya tidakpercaya dengan courtship
(mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cuma membuang masa
sahaja.Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan
meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian bagi anda,
jika anda mencintai saya,saya akan'court'(sentiasa cuba memenangi) andaselamanya... "
Ulasan:
Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya.terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya.
Merinduinya apabila dia tiada di sisi, mengharapkanberita daripadanya apabila berjauhan...

Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda kecewa
daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.
Ulasan:
Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalampercintaan. Adalah lebih baik untuk
anda mencubanya terlebih dahulu; kerana jika anda berjaya,kemenangannya
itu teramat manis. Tetapi, jika andatidak mahu/berani mencubanya,anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayang/cintai selamanya.

Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah jika andabertangguh.
Ulasan:
Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepadaorang yang anda sayang/cintai.
Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak mereka.
Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu
kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka dalam hidup anda.Dengan itu, anda akan merasa lebih yakin dan puas. Dan anda akan rasa bangga
terhadap diri anda kerana anda telah menunaikan tanggungjawab anda
terhadap perasaan hati anda.

Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda keranaakibatnya hanya anda yang akan sengsara; bukan oranglain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidupialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dankekurangan diri anda, tetapi dia masih sangupmenyayangi anda dengan sepenuh hatinya.
Ulasan:
Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. jika dia tahu kelemahan dan kekurangananda dan masih sanggup bersama anda dan lebih
menyayangi anda, maka andalah orang yang palingbertuah! Dia layak mendapat cinta anda.

Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.
Ulasan:
Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang andasayangi masuk, jangan ragui tujuan mereka keranakeikhlasan itu dapat dirasai dalam hati.

Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari. Apabila anda bercinta...
... Ia bukan'passport' untuk anda difahami; tetapi untuk andamemahami. Ia bukan 'passport' untuk anda mengambil itudan ini; tetapi untuk anda diambil. Ia adalah untukanda mendengar;bukan supaya anda didengar. Ia adalahuntuk anda berkorban dan
bertolak ansur; bukan untukanda meminta itu dan ini. Ia bukan untuk anda berkira2atau mengukur; tetapi untuk anda mencintai..

People Will Forget What U Said...
People Will Forget What U Did...
But People Will Never Forget How U Made Them Feel...

khas wt teman2 yg dlm situasi 'it's complicated' and 'in a relationship'
kadang2 kte xsedari ape yg brlaku disekeliling kite...
kite xsedar ade org yg menyintai dan menyayangi diri kte dlm diam...
kite trlalu leka dlm keasyikan dunia ciptaan sendri...
sampai xsedar...diri ini trlalu lalai...diri ini trlalu obses...mgkin kte trtinggal jauh
dblkg perasaan kte sndri tnpe kte rasai...mgkin jua kte xbrupaya utk mggapai ape yg dicitakan...
mgkin 1 ari 9ti kte akn sedar yg masa telah melepasi garisan usia kte...
walau ape jua perasaan kte ketika ini...bangkitlah dri mimpi2 indah yg brpanjangan...
lihatlah sekitar kte...
tutup mata dan bayangkn sape yg trlayar dwajah kte saat ini...
moga hati kte damai dsana...

kEtIka CiNTa beRtaSbIH... -bezz..jom layan..:)

Bertuturlah cinta mengucap satu nama
Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu

[*]
Bisikkan doaku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pintaku pada mu Maha Cinta
Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit

[**]
Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta

Back to [*][**]

Cinta…

Back to [**]

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Ketika cinta bertasbih

Ahad, 11 Oktober 2009

sedey sgt~~~~

hikmah...hikmah...hikmah...

xpe hani..msti ade hikmah ni.. biase la.. manusia hanya mampu merancang.. dan hanya ALLAH yg akan menentukan... ALLAH nak menduga kau.. huk3.. redha.. dan bersyukur la... ade hikmah ni....


mlm td pny la aku bersemangat pilih baju untk pegi sekolah pd keesokan arinye.. hurm..tp.. bgun2 je drpd tido..kpale da penin2 lalat.. tekak perit sgt.. n akhirnya..selesema yg sgt teruk melanda.. redha..redha...


terpaksa la buat keputusan yg sgt mengecewakan ni.. aku x jadi g sekolah.. x larat beb.. nk pitam rase.. juz dpt tgk membe2 len besiap...:(


sedey..mmg sedey.. tp ape bole buat.. da mmg aku ditakdirkan utk x ke sekolah..ALLAH Maha Mengetahui..mane la tw..klu aku g sekolah rini.. aku tejatuh ke.. aku pengsan ke.. ALLAH sayang kau hani.. sbb 2 Dia nk tolong.. dan nk menduga... ALHAMDULILLAH...


da xde jodoh aku ngan dak2 ni.. rindu..mmg rindu... xpela.. tgk gamba pn jadila..



argh...penin..(tp sempat ag men tenet) td ngadu kat mak.. mak suh mkn ubat..tp xnk kot.. pil 2 telalu besar utk ditelan.. xpela.. biarla ia elok ngn sendirinye.. skg da ok sket cmpared to subuh td..hurm..alhamdulillah...tp mmg nmpk sgt la aku ditakdirkan x ley pegi.. subuh td bkn men ag sakitnye.. pas dorg sume betolak ke sek.. aku dgn automatiknye beransuq pulih.. hikmah..hikmah..

xpe hani.. ko disuruh belajar 2.. kan esk ade test.. okai2.. slamat study hani...huk2.. chayok!! ^.^

Jumaat, 9 Oktober 2009

baju oh baju....episod 2

tetiba tringat kat baju ni.. baju yg ingin dibeli tp x kesampaian.. skg msti da xde baju ni da..ritu pn tggl 2 elai je.. xpela.. akan ku jadikan kenangan..( sketched by amature- x same sgt dri segi seni dan bentuknye ^.^ )


Ahad, 4 Oktober 2009

bismillah..

Ya AllahSeandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi
Dan Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi Ya AllahSeandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangnya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agar ku bisa bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya
Dan Ya Allah yang tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana hanya Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini
Ya AllahCukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama-sama
dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh
AMIN..Ya Rabbal A'lamin..