sekadar ingin berkongsi

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

Jumaat, 27 Jun 2014

Ahlan Wa Sahlan Ramadhan

Assalamualaikum...


Salam ramadhan yang bakal menjelma..

Alhamdulillah..kita sempat bertemu lagi dengan bulan yang penuh barokah ini..

Semoga Allah memanjangkan usia kita supaya dapat beribadah kepadaNya..

Hari ni hari Jumaat..bermakna lg 2 hari kita akan menemui bulan Ramadhan.. 

Excited pulak rasanya..hihi..

Dalam bulan Ramadhan yang akan datang ni jgk CikAni ada beberapa azam baru..

InsyaAllah..semoga CikAni diberi kekuatan untuk terus istiqomah ke arah kebaikan..

Semoga Allah merahmati kamu..

Dan mohon doakan saya juga..

Sekian,

Aku yang merindui Ramadhan.

Isnin, 23 Jun 2014

Resepi Tempe Masak 3 Rasa! So sedap!

Assalamualaikum!

CikAni terpaksa curi2 waktu bekerja untuk update blog CikAni harini. Sori Bos! Saya akan siapkan kerja harini jgk! hoho. Mcm la bos dgr kann... (Sudah la hani~)

Sebenarnya CikAni nak kongsikan resepi yang menjadi kegemaran incik hubby..iaitu Tempe Masak 3 Rasa! hee...mmg sedap..kalau boleh hari-hari la hubby CikAni mintak nak mkn lauk ni...huhu..CikAni orite je..masakan yg simple kot..sonang kerjaku...hikhik

 Resepi ni CikAni copy dari Blog Cik Tom..byk resepi yang best2 ada kat situ..hari2 pn CikAni usha blog tu..hoho *kantoi*


  

                                        Gambar ihsan Blog Cik Tom

 Bahan A

1 peket Tempe (dipotong kecil)
100 gram ikan bilis
2 biji ubi kentang (dipotong halus)
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Bahan B (sos)

6 batang kacang buncis
2 biji bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 inci halia (dihiris)*CikAni tumbuk je sekali dgn bawang*
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
1 sudu besar tepung jagung
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa
Sedikit air

Bahan C (hiasan)

2 biji cili merah (dihiris)
2 biji hijau (dihiris)
1 biji tomato (dipotong dadu)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
2 helai daun limau purut

 Cara-cara masakan Resepi Masak Tempe 3 Rasa Mudah dan Sedap:

1. Ikan bilis, kentang dan tempe digoreng garing terlebih dahulu. Kemudian ketepikan dan mula masak untuk sos.

2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar sehingga naik wangi.

3. Masukkan kesemua bahan B yang lain, kacau rata dan biarkan mendidih.

4. Masukkan bahan C dan tutup api. 

5. Curahkan kuah sos di atas ikan bilis, kentang dan tempe tadi.

Haaaa...senang lagi ringkas kan?? Boleh dijadikan idea utk para tukang masak yg kekeringan idea nk masak apa harini..hehe. Selamat mencuba! :)

Wassalam
Hani

Selasa, 10 Jun 2014

Bisnes Kuih Raya!!

Assalamualaikum..

Sekarang CikAni still x berapa biasa nak berblogging..no points and no ideas..ewahh. Padahal zaman muda2 dulu...banyak je point...ade je idea nak menaip..hoho...(nampak x peningkatan umur memberi impak serius?!)

Haaa...sempena Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelma ni...CikAni ada buat bisnes jual Kuih Raya!!
Baru je la nak berjinak2 dalam bidang bisnes ni...dann kebetulan minat sekarang dah beralih ke masak memasak...baking2~ (Actually dulu pernah minat tp terkubur sebentar dek kerana kesibukan keje..ok x alasan?)

 So..tercipta lah bisnes Kuih Raya! hehe

Cik Ani jual 3 jenis Kuih Raya je tahun ni..baru nak berjinak2 lah katekan~~

Antara Kuih Raya yang CikAni jual ialah:-

:: Biskut Dahlia aka Semprit (RM15/50 pcs)
:: Rainbow Cookies (RM16/50 pcs)
:: Chocolate Chip Cookies (RM18/50 pcs)



Biskut Dahlia aka Semprit (RM15/50 pcs)


Rainbow Cookies (RM16/50 pcs) 


Chocolate Chip Cookies (RM18/50 pcs)

*Gambar ihsan google tapi rupa Cookies yang CikAni jual sama jgk mcm ni..

Murah kan??

Kenapa murah sbb CikAni bkn nk untung semata-mata...lebih kepada minat sebenarnya.. Doakan la plan bisnes CikAni ni berjaya yer.. Awal2 ni xla harap berjaya sampai tertinggi tu.. Cukup la balik modal...kuang3~

 Okies, sampai sini dulu utk harini..

 Wassalam~ Hani

Jumaat, 6 Jun 2014

Lirik Lagu Oki Setiana Dewi - Wanita Syurga Bidadari Dunia

Assalamualaikum.. CikAni nk share lirik lagu blog CikAni yg sweet lagi chomel ni..kihkih.. Sebenarnya 1st tyme CikAni dengar lagu dah jatuh hati...Jatuh hati dengan lirik...dan jgk jatuh hati dengan suara penyanyi lagu ni iaitu OKI SETIANA DEWI..lembut je suara dia kn.. Okies.. Jom hayati bait-bait lirik di bawah :)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
WANITA SYURGA BIDADARI DUNIA

Keanggunan yang terpancar darimu.. muslimah..
Ketegasan jiwamu bak perisai nan indah
Kau hadirkan pesona malu berbalut taqwa
Laksana surga di dunia

* Keteguhan hatimu oh wanita muslimah
Ketangguhan dirimu yang terbingkai solehah
Perhiasan dunia tunduk pada yang Kuasa
Sejukmu menenteramkan jiwa

** Engkau wanita syurga bidadari dunia
Kehormatan kau jaga dengan penuh cinta
Engkau wanita syurga
Bak permata berharga
Berbinar indah dalam kesucian jiwa

back to *
back to **
back to **

Khamis, 5 Jun 2014

I'm Back!

Assalamualaikum..


         Wahhh...nmpknye da lebih 2 tahun CikAni tak update blog dia la... Haa... CikAni?? Siapa CikAni?? hahaha..ok..itu saya la...sebenarnya nama panggilan yg cute ni dicipta khas oleh anak buah ipar yg berusia setahun lebih..dah pndai bcakap da bdk tu..petah lak..asik sebut CikAni je..sampai nama tu pn dah terngiang-ngiang kat telingaku..

      Oleh itu, disebabkan blog ni nak ditukarkan kepada 'sharing blog' (sebelum ni lebih kepada private...so panggil diri sendiri 'aku' je)...ehem..Cik Ani decide nk bahasakan diri ini 'CikAni' je....ok ke ek?? x kesah la...lg baik drpd 'aku'...blasah je la labuuuu ~.~"

     Chop2!! anak buah ipar?? IPAR?? CikAni dah kawen ke? Tp 'cik'?? hehehe...CikAni dah kawen yer...saje letak 'cik'...feeling2 nak jd bujang...kihkih...ok..dah ngarut ^^, Ok la tu kot...xkn nk panggil PnAni..mcm tak best je o_O

     Ok, sekian saje 1st post selepas 2 tahun ni...well..... I'M BACK!! ^^v


Wassalam~
Hani