sekadar ingin berkongsi

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

Ahad, 6 Mei 2012

KEEP IN MIND OK! :-)


  • Tutuplah mulut dengan tangan ketika menguap. Sunat mengucap Astaghfirullah selepas menguap. 



  • Jangan ceritakan rahsia kita pada orang lain. Lagikan diri sendiri tak boleh simpan rahsia, inikan pula orang lain. 




  • Bila trjmpa hantu, baca doa Al'anuka Bilaknatillah (3x). Sila hafal, tak kan bila terjmpa hantu baru nak google, mana smpat dah?




  • Sabar dalam keadaan senang adalah lebih sukar daripada sabar dalam keadaan susah. 




  • Kalau sudah tak boleh bersabar, pergi ambil wudhuk. InsyaAllah dengan berwudhuk, hati boleh tenang. 



  • Seorang yang bertudung tidak semestinya baik tetapi seorang yang baik pasti akan bertudung. 



  • Mak baca Surah Yasin (niat nak lembutkn hati anak) tiup pada air dan beri minum kepada anak yang degil.


Sumber :#UstAzharIdrus .

Rabu, 4 April 2012

suka melewat lewatkan solat?

Ahah...tajuk ni sgt sesuai utk aku.... Emm... Mmg kene ltak kt cni sbgai pringatan.... Igt! JANGAN MELEWAT LEWATKAN SOLAT!
Semoga mnjadi pedoman....
InsyaAllah....
..............................................

SUKA MELEWAT-LEWATKAN SOLAT???

Baca kalau nak insaf !

Seseorang yang selalu berat nak bersolat fardhu, kenalah check dirinya dahulu. Sebab selalunya kalau kita dah rasa berat nak sembahyang, itu ada kaitan dengan dosa-dosa kita. Jadi bertaubatlah bersungguh-sungguh, moga-moga dengan itu Allah permudahkan kita untuk menyembahnya. 

Hadis Berkenaan Melambatkan Solat Fardhu :Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda : "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail". 

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas :"Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya". Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda : "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)- SumberSeksaan Bagi Oyang Yang Suka Melambatkan Waktu Dan Meninggalkan Solat : Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan.

Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah :Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata: "Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh." Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula.

Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.Petua Mengatasi Tabiat Suka Melambatkan Waktu Solat Fardhu :• Sembahyang sebaik-baik sahaja masuk waktu sembahyang. • Set jam waktu solat kek alarm clock pada handphone anda. • Tampalkan poster poster berkaitan dosa meninggalkan solat pada dinding bilik. • Hentikan aktiviti blogging, facebook, twitter, dan chatting dan terus tunaikan solat. • Ingatlah bahawa Syaitan tu sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia, supaya manusia jadi orang yang terkutuk di akhirat nanti. • Sentiasa ingat bahawa mati itu tidak dapat diramal. Kalau tak sempat solat lepas tu tetibe mati pulak, KANTOI!!!IF YOU CARE, DON'T FORGET TO SHARE...

Rabu, 14 Mac 2012

I AM A CHEF!

Perghh...x pernah terfikir lgsg akn jd chef 1 hari nnti... But act its not impossible..huahua

Dipendekkn cerita, cuti ku selama seminggu ni dimanfaatkn dengan blaja masak beberapa resepi.... Huhu... Rajin kn?? Ahaa...bak kate pepatah 'org suka mkn mmg suka masak'!:-)

Ini la antara mskn yg bjaya aku wat...ehe. Tahniah utk diri sndiri!





Isnin, 12 Mac 2012

kerana adam pembela hawa

Assalamualaikum...
Kagum sebentar aku bce ayat2 yg dbace di iluvislam ni....pnuh bunga2 tp smpai mksd yg cuba dsmpaikn....

Di copy from iluvislam.

----------------------------------------------

Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak balas salamnya, dikata sombong.
Adam itu. Kalau ada perempuan yang diam bila ditanya, dikata berlagak.
Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak senyum kepadanya, dikata poyo.
Adam itu. Kalau tidak ada perempuan yang membalas mesejnya, dikata kerek.

Adam.
Perempuan bagaimana yang engkau mahu jadikan calon isteri?
Perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelakikah?
Perempuan yang banyak bicaranya dengan melunakkan suaranyakah?
Perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua lelakikah?
Atau..Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefontidak hirau kiri kanan membalas mesejmu kah?
Ini kah calon mu wahai Adam?

Ketahui ini wahai Adam,
Sungguhnya, perempuan itu manja.
Suka dibelai. Suka dikasih.
Namun, Adam.
Tahu apa erti batas pergaulan?
Jangan sewenang-wenangnya kau panggil perempuan itu sombong, berlagak, poyo dan kerek.

Kerana,
Bahawa perempuan itu menjaga aib kamu.
Bahawa perempuan itu membantu kamu.
Menghindar dari dosa.Menjauh dari kehinaan.

Kerana perempuan itu fitnah dunia.
Perempuan itu fitnah bagi kamu.
Adam,
Perempuan ini insan yang lemah.Jangan kau cemar imannya.Jangan kau rosakkan mujahadahnya.Jangan kau kotori kasih dan cintanya pada Ilahi.
Kerana perempuan itu sedang berperang melawan nafsunya.Kerana perempuan itu sedang sedaya upaya menahan dirinya.
Adam,
Andai kau kasih dan sayang pada perempuan.
Andai kau mahu membela nasib perempuan-perempuan di luar sana.
Andai kau mahu perempuan seperti itu menjadi suri dalam taman hati.
Ibu kepada bakal pejuang agama.
Doa buat mereka.Doa buat dirimu.
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan perempuan itu.

Kerana Adam adalah pembela Hawa- Artikel iluvislam.com

Ahad, 4 Mac 2012

KENAPA KUBUR WANITA DIGALI SEDALAM 7 KAKI BERBANDING KUBUR LELAKI 5 KAKI ?

Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah.

Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita.

SubhanaALLAH...,Besarnya kuasa ALLAH swt....
Wahai kaum wanita. Tutuplah aurat mu dengan sempurna, ketika masih bernyawa. Kerana InsyaALLAH.., ALLAH...swt juga akan membantu melindungi aurat mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari kelak.SubhanaALLAH ! ALLAHuakhbar ! Cantikkan aturan ALLAH...swt ? =)

Khamis, 1 Mac 2012

Done!


Ciap marking paper! Tahniah kpd yg bejaya n kurg tahniah kpd yg tidak bjaya!:-)

Isnin, 27 Februari 2012

Kak Ros??

ohh....aku sgguh terkesan dgn gelaran ni....huhuh

"ckgu mcm kak ros upin ipin"

Wattt??

Agaknye ape la yg sama sgt yer aku dgn kak ros upin ipin ni?

Klu sorg je anak murid aku yg ckp xpe... Ni adela dlm 2 - 3 org...duhhh...xbley jd ni...

Slalu ckp bdk2 ni jujur... Mule2 murid thun 6, pastu thun 3 pn ckp mende same....arghh...streeesss...

Grg sgt ke aku? Ish...rmai lg kot ckgu yg grg... Ops, adekah sbb aku slalu ugut dorg wat keje skola?

Uhh..ok...i admit that..

Kak ros oh kak ros.... XKESAHLAHH......

Ahad, 19 Februari 2012

HIKMAH BERMANIS MUKA :-)


Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangiseorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Denganmurung lelaki itu mengadu,’Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya takpernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, sayamasih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya jugabukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malangdan kehidupan saya penuh kesulitan?

’Sang Guru menjawab sederhana, ‘Perbaiki penampilanmu dan ubahlah riakmukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namunwajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW,salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curigakepadanya.’ Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaikipenampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengansabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagiuntuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnyasentiasa menguntum senyum bersahabat. Riak mukanya berseri.Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatupekerjaan adalah air muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAWmenegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besarpahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumahtangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalanyang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hatiyang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapunpersoalannya nescaya dapat di atasi. Inilah yang dinamakan keluargasakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.