sekadar ingin berkongsi

Ahad, 6 September 2009

-hijab cinta kita-

sebenarnya hidup ini terlalu indah untuk dipersia. cinta..jodoh adalah aturan dariNya. Malah,kita sebagai hamba haruslah berusaha disamping tidak melupakanNya kerana andai sudah tertulis jodoh kita.. takkan lari gunung dikejar. Namunbegitu, jangan kerana cinta kita lupa pada Allah, lupa pada keluarga yang pernah membesar dan berjasa pada kita sebaliknya dengan cinta kita haruslah menjadi semakin kuat dalam menempuh hidup yang penuh dengan pandcaroba ini.

cinta itu suci andai kita pandai menjaganya. sesungguhnya, cinta yang berlandaskan syariatlah cinta yang paling diberkati. Hijab cinta kita seharusnya diberikan kepada yang hak iaitu insan bernama suami begitu juga hijab cinta suami hanya untuk isteri.

Bukan jual mahal.. apetah lagi lagi ego.. malah, sebaliknya takut pada dosa.. takutkan azab andai hubungan yang terjalin di luar batasan syariat. selaku manusia kita tidak akan lari drpd godaan syaitan. untuk itu, menghindari adalah perkara yang perlu dilakukan.

-Ya Allah..jika dia benar untukku.. dekatkanlah hatinya dengan hatiku- aku redha..
kuatkanlah juga hatiku drpd godaan2 syaitan..nauzubillah.. teguhkanlah imanku untuk menghadapi setiap yang telah ditentukan untukku...amin-

1 ulasan: