sekadar ingin berkongsi

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

Sabtu, 26 Jun 2010

CERPEN: AnDai DiA MiLikU..

Assalamualaikum wbt..
mcm bease... post ni di copy from tmpt laen..=) x igt dari mane.. lame da simpan cerpen ni.. skg nk kongsi ngn korg lak..=p
SELAMAT MEMBACA!!
ORANG kata, jangan benci sangat pada seseorang, kelak kita akan menyintainya separuh mati. Walau tidak termaktub dalam kitab, namun kata-kata inilah yang diperturunkan dari generasi ke generasi.

Pepatah Inggeris pula ada menyebut, it takes a second to know someone, a minute to like someone, an hour to love someone but it takes the rest of your life to forget your love ones. Tiada kajian saintifik membuktikan kesahihannya kerana proses kehidupan manusialah yang menjadi saksi kebenaran pepatah tersebut.
Kata orang, cinta pertama sukar dilupakan walau datang cinta lain kemudiannya. Aku menyangkal. Perjalanan hidupku membuktikan sebaliknya. Tidak semua orang bertuah memiliki cinta pertama sebagai cinta sejati. Bagiku, cinta pertama untuk dikenang. Cinta yang datang kemudiannya mungkin cinta sejati.
Kita tidak tahu bila kita akan bertemu cinta sejati kita. Mungkin pada cinta pertama, kedua, ketiga atau akhirnya kita menyedari bahawa cinta sejati kita hanyalah pada Ilahi. Namun aku bersyukur kerana cinta sejatiku pada Penciptalah yang mempertemukanku dengan insan yang salah dahulu sebelum menemui cinta sejatiku.
Usiaku genap 22 tahun tiga hari lepas. Aku punya kisah cinta yang padan dengan pepatah tersebut. Ya, kerana bencilah aku menahan rasa cinta separuh mati kini. Walaupun baru kutinggalkan hampir empat bulan lalu, aku yakin dan percaya, cinta itulah yang akan terus kukenang selamanya.
Dia, banyak mengajarku bidang ilmu yang kucintai, arkitektur. Dia dengan sinis, sering menegurku tanggungjawab dan peranan seorang insan. Dia, kutinggalkan bersama kenangan. Pastilah kerana cintaku ini pernah bergelar pensyarahku, juga mantan suamiku.
“Saya cabar awak.”
“Saya cabar awak kahwin dengan saya sebaik saja awak habis belajar, which means in this three months time. It's just a challenge. If you aren't dare to, i bet you to tell me all the reasons why you hate me so much. Well, what would you say?”
Cabarannya langsung tidak mengujakan namun ayat terakhirnya benar-benar mencabarku. Aku terima cabarannya asalkan dia juga menyahut cabaranku - kecuali ketika upacara membatalkan wuduk di majlis akan nikah, aku mencabarnya agar tidak langsung menyentuhku. Saat dia menyentuhku, talak jatuh ke atasku. Dengan wajah selamba dan senyuman sinis, dia menyahut cabaranku. Termeterailah perjanjian kami malam itu bersaksikan rakan-rakanku. Gila.
Lawatan akademik yang paling menyayat hati. Rakan-rakan menghakimi perbuatanku. Pelbagai pertanyaan mereka lontarkan. Pulang dari Bali dan kembali meneruskan pengajian, saban hari mereka memujukku melepaskan cabaran. Asal saja Encik Zhafran mengajar, suasana janggal. Kerap dia menghasutku dengan sinis supaya melepaskan cabarannya. Lemas, kadangkala berasa hampir tewas namun janji tetap janji. Aku mahu lebih tabah, lebih kuat. Cukuplah kisah lama.
Hakikatnya aku tidak tahu salahku hingga begitu sekali dia membenciku. Aku hanya insan biasa dengan rutin hidup normal, suka mengelamun dan tiada keistimewaan lain.
Seingatku, hari pertama semester ketiga, dia hadir memperkenalkan diri sebagai Encik Zhafran, mengajar reka bentuk seni bina. Panggilan formal dan santai, Sir Zhafran. Satu tabiatnya, setiap kali dia bertanya ya atau tidak, kami perlu menjawab, “Yes sir!” atau “No Sir!” dengan tegas. Aneh.
Entah mengapa, setiap kali dia menyebut namaku, Aisyah, aku rasa menyampah. Walaupun begitu, aku tetap menghormatinya. Dia prihatin dengan kerjaku, tidak pernah sekalipun dia mungkir singgah di mejaku ketika sesi tutorial. Komennya yang tegas dan membina menyenangkanku. Realitinya, dia juga penyumbang kepada kejayaanku beroleh A dalam subjek tersebut. Untuk itu, aku amat berterima kasih.
Entah mana silapnya, sikap ramah dan prihatinnya terhadapku cuma bertahan satu semester sahaja. Menginjak ke semester keempat, ada saja sikap dan perbuatanku yang tidak kena di matanya. Sesi tutorial, dia tidak lagi singgah di mejaku. Sesi pembentangan, dia jarang menumpukan perhatian namun banyak pula komen dan sindirannya. Kadangkala, terasa seperti diaibkan.
Rakan-rakan menyuruhku bersabar. Mereka juga hairan dengan perubahan tingkahnya terhadapku. Aku muhasabah diri, mencari khilaf yang mungkin menggurisnya. Namun aku buntu. Perasaanku yang sedih dengan perlakuannya bertukar benci lalu aku juga bersikap dingin terhadapnya.
Benar, kebencian bernanah andai kita tidak merawatnya. Setahun dibiar, akhirnya 'nanah' itu pecah lalu terluahlah segala kebencian. Malam persembahan kebudayaan Malaysia - Bali menjadi saksi kebencian kami yang akhirnya bertukar tragedi. Dalam amarah, kami saling mencabar disaksikan rakan-rakan. Aku akan pastikan kemenangan milikku.
Menghormati syariat dan adat, dia melakukan semua yang sepatutnya - menghantar rombongan dan merancang majlis. Ibu tergamam tatkala cincin emas dihulurkan Datin Afifah. Bila ditanya, tenang saja kami menjawab, dah jodoh. Kami memang pandai berlakon, mesra dan ramah di khalayak ramai.
Rabu, peperiksaan akhir tamat. Sabtu, hari 'bahagiaku' menjelang. Majlis akad nikah bersekali resepsi disambut meriah. Tidak henti-henti aku menguntum senyum 'bahagia'. Pastilah, sebentar nanti aku akan memenangi cabaran ini. Hatiku ketawa puas.
Selepas Zuhur, bersaksikan seluruh ahli keluarga, pensyarah dan rakan-rakan, kami diijabkabul. Saat bertentang mata dengannya dan menguntum senyum, aku sayu. Walaupun sekadar permainan, akhirnya aku bergelar isteri. Bodohkah aku?
Cabaran bertukar tangan. Kehidupan kami unik. Tiada bulan madu. Di kondonya, kami tinggal berlainan bilik. Dingin dan terasing. Tiada interaksi yang kerap, bertegur sekadar bertanya perkara yang patut, mengejutkan Subuh atau saling menyindir. Makan biasanya asing, dia di dapur dan aku di hadapan televisyen. Aku menjalani kehidupan yang bahagia sepanjang menyiapkan tesis akhir pengajian bersama 'suamiku'. Dia juga berpegang pada janji. Aku rasa selamat walau tidak mengunci pintu bilik di malam hari.
Keadaannya yang demam teruk satu pagi sebulan selepas pernikahan kami menyedarkanku. Dalam demam dan batuk, dia berkeras tidak mengizinkanku menyentuhnya, bimbang nanti jatuh talak. Gila aku dibuatnya. Kutegaskan sekali lagi syarat cabaran, hanya dia yang tidak boleh menyentuhku, bukan aku. Selama tiga hari menjaganya, aku menyediakan makanan, menyuapkan ubat, menuam dahinya, mengelap badannya malah menemankannya hingga tidur. Kami cuma diam, kadangkala aku perasan genangan air matanya. Sepanjang itu dia berusaha tidak menyentuhku. Betapa dia berpegang pada janji. Aku bungkam. Mengapa?
Selepas dia pulih, kehidupan kami kembali normal. Runsing dengan sikapnya dan tertekan menyiapkan tesis, fikiran dan kesihatanku terganggu. Walaupun demam, aku nekad menyudahkannya. Gagal. Panas badan menghentikanku. Tinggal beberapa muka lagi ketika aku tertidur di depan komputer pukul empat pagi. Jam satu petang terjaga, aku panik. Komputerku ditutup. Pandanganku menangkap tiga buah buku berkulit keras siap dijilid dengan namaku di atasnya. Kusemak hingga helaian terakhir. Itu tesisku! Semua fakta dan hujah yang kulakarkan disampaikan dengan terperinci, padat dan lengkap dengan gambarajah. Sebahagiannya bukan kerjaku, pasti kerja dia.
Maaf saya siapkan, takut awak tak sempat hantar sebelum pukul 5. Jangan risau, saya bukan pensyarah penilai. Makanan dah disediakan, makanlah. Kalau tak larat drive, call me, i'll fetch you. I'm half day today. So then, take care. Again, sorry.
-Zhafran-
Nota kecil tersebut membuatkanku terjelepok ke lantai. Aku menangis, meraung kecil. Geram dan menyampah, sebal. Cukuplah!
Tiga bulan sebumbung dengannya, aku tidak sanggup berpura-pura lagi. Aku perlu segera keluar dari rumahnya dan hilang daripada pandangannya. Aku tak mampu terus bersamanya. Aku nekad menerima tawaran belajar ke Glasgow. Tanpa perasaan, kunyatakan hasrat dan minta dia melepaskanku dengan alasan aku ingin mencari cinta pertamaku. Lama dia diam, kemudian mengangguk dan berlalu. Ibu bapaku hanya kuberitahu tentang hasrat menyambung pengajian.
Lapangan terbang menyaksikan pertemuan dan perpisahan. Di sini juga ada ketawa dan air mata. Dan malam itu, aku ditemani keluarga dan Zhafran. Dia banyak mendiamkan diri, sekali-sekali melayan adik-adikku dan tersenyum memandangku. Saat perpisahan, aku menyalami seluruh ahli keluargaku. Sampai giliran Zhafran, keluargaku menjauh. Hanya aku dan dia. Tiba-tiba, dia menyentuhku, menarik tanganku bersalam dengannya. Hatiku luruh. Perlahan-lahan kutunduk mencium tangannya. Air mataku bergenang. Bangkit semula, dia mencium dahiku lama. Dengan perlahan, dia berbisik, “Saya lepaskan awak. Carilah cinta awak. Saya doakan awak bahagia.”
Lambaian terakhirku pada mereka disertai deraian air mata yang deras mengalir. Aku sebak, amat. Hingga mereka hilang daripada pandangan, aku hanya nampak Zhafran dan senyuman ikhlasnya. Aku menangis dan menangis. Aku mengerti segala yang berlaku, aku yang memintanya. Namun hatiku benar-benar pedih. Tamatlah cabaran, perjanjian dan hubungan kami. Tapi aku pasti, sesuatu telah lama lahir dalam hatiku. Sebelum berlepas, nombor Zhafran kudail. Lama baru kudengar suaranya. Hatiku pedih.
“Kita kalah. Tapi saya kalah teruk bila awak tak tanya alasan membenci awak.
“Sir, i hate you. I have to since i realized that i've fallen into you the second you call out my name years ago and i can't believed it.Saya bukan gadis suci. Memang saya masih dara tapi Ashraf dah terlalu banyak menyentuh saya. Saya kesal dan saya bertaubat. Tapi saya rasa jijik, benci diri sendiri. Saya tak layak untuk sesiapa. Untuk itu, saya tak sanggup menyintai awak. Lepas kahwin, saya semakin membenci diri kerana saya sedar awak sayangkan saya. Tapi saya tak layak untuk awak!” Aku teresak.
“I'm sorry i love you sir. But i'm so sorry i can't love you. Take care.”
*****************
Cintaku berakhir di situ. Di bumi Inggeris ini, aku belajar mengubati hati, menyibukkan diri dengan tugasan dan kuliah. Aku jumpa Ashraf, dia sudah berubah, juga minta kukembali padanya. Maaf, hatiku bukan lagi untuknya. Sesekali ingatanku melayang mengenang Zhafran. Kadangkala termimpikannya dan apabila sedar, aku menangis.
Sejak di KLIA, kami sudah tidak berhubung. Mungkin dia juga sepertiku, ingin melupakan satu sama lain dan memulakan hidup baru. Melupakan? Semakin kuberusaha, semakin kusedari betapa kumerinduinya.
Petang Khamis itu, aku bersiap ke masjid untuk bacaan Yassin. Musim luruh yang nyaman menenangkan hatiku tatkala menyusuri jalan. Pemandangan hijau dan lautan langit biru mengasyikkanku. Bam! Berpinar kepalaku terlanggar tiang lampu di tepi kawasan masjid. Dahi kugosok, cuba mengesan sebarang perubahan.
“Langsung tak berubah, suka mengelamun.”
Aku tersentak lalu berpaling ke arah suara itu. Wajah yang kurindui itu kini di hadapanku, sedikit cengkung.
“Ikut saya.” Zhafran terus menarik lenganku dan mengheretku ke pintu masjid. Agak ramai orang di dewan utama. Dia berpusing memandangku. Matanya menjilat wajahku lama. Aku diam, berdebar.
“Saya tahu awak ada banyak soalan tapi kita boleh cerita nanti. Sekarang ni, saya nak kita masuk dalam dan nikah semula.”
Jantungku seolah terhenti. Kutatapnya dalam. Tanpa sedar aku menapak selangkah ke belakang.
Dia menghela nafas. “Aisyah, awak tahu tak saya dah lama sayangkan awak?”
“Setiap kali saya panggil nama awak, hati saya berdebar. Saya rasa bersalah, saya tak patut jatuh cinta pada pelajar sendiri. Sebab itulah saya dingin terhadap awak untuk mengurangkan rasa bersalah saya. Tapi tak sangka perbuatan saya menyusahkan hingga awak membenci saya. Malam tu di Bali, sebenarnya saya melamar awak takut-takut. Tapi lain pula jadinya.”
Aku tergamam dengan penjelasannya.
“Semua orang buat kesilapan Aisyah, saya pun. Tapi yang penting ialah cara kita menanganinya, siapa kita pada hari ini dan apa kita nak jadi nanti. Kisah silam awak langsung tak mencacatkan perasaan saya terhadap awak.” Dia berhenti.
“Sebulan saya di sini mencari awak, mengikuti rutin harian awak, memandang awak dari jauh. Saya tunggu awak habis edah. Saya tak nak rujuk, nanti kena sambung cabaran dulu. Saya nak nikah semula dengan awak, saya nak awak jadi isteri saya semula.”
Matanya bergenang. “Saya bukan malaikat. Tak ada satu ketika pun saya tak rasa nak sentuh awak. Bila awak tidur, saya masuk bilik tengok awak. Saya teringin usap awak, teman awak tidur. Saya geram tengok awak ketawa depan TV. Dulu masa awak jaga saya, saya rasa susah sangat. Saya sedih kenapa kita jadi macam tu.”
Terdengar esakan. “Aisyah, i need you, i love you so much. I can't be apart from you anymore. Will you take your stupid ex-hubby as your real husband again?”
Terlalu pantas dan mengejutkan. Sebak dan terharu. Lidahku kelu, air mataku sedari tadi tidak berhenti. Lama kuterdiam, cuba mencerna kata-katanya.
“Aisyah, yes or no?”
Lamunanku tersentak. “Yes sir! I do!”
Opss! Dia senyum. Aku tunduk malu.
Orang kata, jika kita cintakan seseorang, bebaskan dia. Jika dia kembali, maknanya dia memang tercipta untuk kita. Aku melepaskan Zhafran namun dia kembali semula padaku. Dia menyedarkanku bahawa kita tidak boleh pilih dengan siapa kita hendak jatuh cinta. Dia membuatkan aku yakin pada diriku. Banyak perubahan berlaku padaku sepanjang mengenalinya. Dia membuatkan aku percaya, sesiapa jua berhak untuk bahagia kerana bahagia diusahakan oleh kita sendiri.
Luahkan hasrat dan impian kita dengan ikhlas dan berusaha memperolehinya. Tiada doa yang tidak didengar, tiada usaha yang disia-siakan. Percaya pada diri dan hati kita. Cintailah diri dan cintailah segala yang kita ada, jangan persiakannya. Oleh itu, Zhafran, terima kasih untuk segalanya....

Sabtu, 5 Jun 2010

jgn meninggalkan solat dgn sengaja...=)

Peristiwa ini berlaku di bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Ketika itu jam menunjukkan 4.00 pagi ustaz menerima panggilan telefon daripada hospital berkenaan supaya menguruskan jenazah tersebut. Jenazah itu telah seminggu tidak dituntut dan ia perlu diuruskan segera kerana bilik mayat telah pun penuh sedangkan ada lagi mayat yang akan disimpan.

Ustaz difahamkan bahawa si mati bukanlah berasal dari Klang dan pihaknya telah gagal mengesan waris keluarganya. Di luar bilik keadaan begitu dingin ,sejuk sunyi hening dan gelap. Cuma yang tinggal hanya ustaz dengan seorang penjaga bilik itu. Kemudian ustaz ingin memulakan tugasnya, dengan berhati-hati membuka laci mayat 313 dengan perlahan.

Setesrunya dengan penuh debaran membuka kain yang menutup muka jenazah tersebut. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia dalam 20-an dan tenung wajahnya buat seketika. Tiba-tiba dengan kehendak Allah muka jenazah itu bertukar sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Pada mula tidak difikirkan aneh kerana mungkin jenazah yang meninggal 7 hari. Tetapi lama-lama semakim hitam legam membuatkan tertanya-tanya dalam hati. Ustaz perhatikan dengan teliti sambil hati tanpa henti membaca ayat-ayat suci al-Quran. Detik demi detik wajah jenazah tersebut berhenti bertukar warna.Ketika itu wajahnya sudah tidak seperti asal tetapi hitam terbakar.

Lantas ustaz pun keluar seketika. "Saya keluar sekejap. Nanti saya uruskan jenazah ini semula",kata kepada penjaga bilik mayat. Ustaz duduk termenung dan memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala ustaz ...

a.. Apakah yang sebenarnya yang terjadi ?
b.. Siapakah pemuda itu ?
c.. Mengapakah wajah bertukar rupa ?

Tidak lama kemudian dengan tiba-tiba telah datang seorang wanita tua berjalan menuju ke arah ustaz. Lantas terfikir sejenak siapa pula wanita ini yang hadir ke bilik mayat jam 4.00 pagi ? Semakin lama semakin hampir dan berdiri di hadapan ustaz. Dia dalam linkungan 60-an dengan memakai baju kurung. "Ustaz, saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu tidak dituntut",kata wanita itu. "Jadi saya nak tengok jenazahnya", tambahnya lagi dengan lembut. Dengan penuh tanda tanya ustaz tidak keberatan membawa wanita ke tempat jenazah ditempatkan. Ustaz menarik laci 313 dan membuka kain penutupnya."Betulkah ini mayat anak makcik ?", tanya ustaz "Makcik rasa betul... tapi kulitnya putih". Makcik liha tlah betul-betul", kata ustaz. Selepas diteliti jenazah berkenaan begitu yakin bahawa mayat ituadalah anaknya.

Ustaz pun menutup kembali mayat itu dan membawa wanita keluar dari bilik mayat. Kemudian tiba-tiba ustaz pun bertanya " Makcik, ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya berlaku sampai wajah anak makcik bertukar menjadi hitam?". tanya ustaz.Wanita enggan menjawab sebaliknya menagis teresak-esak. Ustaz bertanya lagi namun dia tetap enggan seperti menyembunyikan sesuatu. " Baiklah... . kalau makcik tak nak beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak makcik ni." kata ustaz untuk mengertaknya.

Kemudian barulah wanita itu membuka mulutnya.Sambil mengesat air mata " Ustaz ,anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja dia akan bangun dia akan buat tanpa membantah sepatah pun. Dia memang anak yang baik".cerita wanita itu. "Tetapi ... apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya dia mengamuk marahkan makcik.. Kalau kejutkan dia suruh pergi ke kedai dalam hujan lebat pun dia pergi. Tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik akan terus naik angin, itulah yang makcik kesalkan", kata wanita tersebut. Jawapan wanita itu memeranjatkan ustaz.

Lalu teringat kepada hadis Rasulullah bahawa, barang siapa yang tidak sembahyang , maka akan ditarik cahaya imannya dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku.Pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya malah diaibkan dengan wajah yang hitam. Selepas menceritakan perangai anaknya wanita itu meminta diri berjalan pantas dan hilang dalam gelap. Ustaz kembali menyambung menguruskan jenazah itu memandikan, mengkafan dan menyembahyangkanya. Selepas selesai ustaz pulang kerana esok bertugas sebagai Imam Masjid Negeri Shah Alam.

Selang 2, 3 hari kemudian ustaz tergerak hati untuk menghubungi waris mayat pemuda itu. Melalui nombor telefon daripada pihak hospital terus menghubungi saudara yang agak jauh pertalian saudara. Selepas memperkenalkan diri ustaz pun berkata, "Kenapa dibiarkan orang tua itu ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya kan elok jika dia yang datang kerana berada di KL tak jauh dengan Klang" . Kata ustaz menyebakan orang itu terkejut, " Orang tua mana pula " katanya. Ustaz ceritakan tentang bentuk badanya, rupanya, kata-katanya. "Kalau wanita itu yang ustaz maksudkan , peremuan itu adalah emaknya, tapi ... .emaknya dah meninggal lima tahun lalu" Jawab orang itu.. Ustaz terpaku tak tahu apa yang nak jadi ' Apakah ' yang datang menemui saya pagi itu ? Peristiwa ini telah berlaku setahun yang lalu. Walau apapun wanita itu ia adalah sesuatu yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya berlaku. Sabda nabi maksudnya: Bahawa jika sesorang itu meninggalkan solat satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan dineraka selama 80 000 tahun. Bayangkanlah …Sama la kita fikir, apakah cukup solat kita selama ini?jadokan kisah ini sebagai iktibar..

Ahad, 30 Mei 2010

muhasabah cinta

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu

Ahad, 28 Februari 2010

sekadar ingin berkongsi II

Open Your Eyes by Maher Zain

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..

sekadar ingin berkongsi I

WANITA DIPANDANG MELALUI...

Dilihat daripada AKHLAKNYA
Dinilai daripada KESABARANNYA
Diperhati daripada KESETIAANNYA... See more
Ditinjau daripada sifat KEIBUANNYA
Malah dibesar melalui SOLATNYA
PUASA menjadi TRADISINYA
AL QURAN menjadi HIBURANNYA dan AKHBARNYA
JIHAD menjadi MEDAN dan GELANGGANGNYA

manusia yang selalu BERUBAH adalah kaum WANITA
sebab jiwanya LEMAH
FIKIRANnya CETEK
sebab itulah SIKAPnya selalu
MENGECEWAKAN KITA
kecuali WANITA yang BERIMAN

NAFSU mengatakan wanita CANTIK
atas dasar RUPANYA
AKAL mengatakan wanita CANTIK
atas dasar KEPANDAIANNYA dan
HATI mengatakan wanita CANTIK
atas dasar AKHLAKNYA

Oleh itu,
AKHLAK adalah bunga (hiasan) diri,
tanpanya hilanglah pandangan
manusia pada wanita..

Rabu, 25 November 2009

kisah se0rg hamba Allah..

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng!... bunyi....aauuummmmm!!!!! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu mengejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah- celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas. Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya . Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba....terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu.

Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, “Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni.” Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.

Dari cerita diatas kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, jadi beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat si hamba Allah bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita sebab tu tikus tu gigit tali. Madu...,madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba Allah itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Sama-samalah kita insafi diri... :)

p/s: di copy from fb.. name di tagged by naemah.. bezz n menginsafkan..
saje nk kongsi ngan korg jgk..:)

Isnin, 23 November 2009

caution!!

hurm.....
selama ni aku cume penah dengar or baca kat surat kabar je pasal ni... psl pak arab yg memperdayekan mangsanya kat atm... ish.. mmg menakutkan!! last2 terjadi kat diri sendiri...
eeyyy... alhamdulillah xde ape2 yg buruk belaku...hurmm...

smlm... aku nk kuar kn duit kat atm maybank 500m dari umah aku.. akak ikut skali.. tp dye lmbat sket masuk cz dye nk dok belek2 kete dye dulu... huh.. so.. aku je la sesorang g masuk bank...
keadaan lam bank 2 tenang je.. sunyi.. n adela beberape org di dlmnye.. aku pun dgn tanpa syak ape2 exited je nk kuarkan dwet... huhuu.. tetiba aku perasan ade someone menghmpiri aku.. bile aku pusing blkg.. dye terus g atm sebelah.. makhluk ni lelaki.. klu tgk drpd gayanye.. pakaian kemas.. bertopi.. muka suci.. putih..muka arab(tataw la klu bangla ke..).. tp mmg muka baik laa..

bile aku nk tekan pin.. dye dok intai2.. aku tkan pin slow2.. takut dye prasan no yg aku tekan.. tggu dye pusing ke lain... tp dye still dok perati.. aku tataw nape aku xde keberanian nk pndg or marah dye...haih.. penakut sgguh.. aku da rase len mcm... neves gile time 2.. istighfar jee.. jgn la kene pukau~

aku tkan la amount... then..b4 kad atm aku nk kuar.. ade org sentuh blkg aku.. dye tunjuk duit yg btaburan btul2 kat sebelah kaki aku... ade beberape elai not 10 n 5 rnggit... org td sebut 'ur money'.. aku da heran.. sejak bile lak aku ade dwet sebanyak 2?? rase len mcm da ni...aku terus geleng kpala.. then amek kad n dwet dgn lajunyee.. bile aku pusing blkg.. tgk sume dwet yg byk td ilang.. skali ngan org td ilang... aku blurr.. cepatnye dye gerak...

pas2 ade pakcik india ni dtg kat aku.. dye tny ' betul ke bkn dwet u?? betul2 kat kaki u td'
aku x jwb kot... still in blurr... lam bank 2 xde org len kot.. pas2 akak masuk... tny nape aku len mcm je.. huhu.. muke cm nmpk antu fighter... aku cite la kat akak.. akak suh cek baki lam akaun.. takut kes kat surat kaba 2 jadi kat aku lak.. cek2.. huhuuu... dwet still ade... syukur2... klu x.. kedana la aku di watnye..

bile2 pk2 balik... cara ni cm same je ngan care pak arab lam srt kaba 2.. tyme org nk kuarkan dwet.. teraburkan dwet kat lantai.. suruh org 2 kutip.. dlm mase yg kejap.. sume dwet lam akaun abes.. n org2 arab 2 pn ilang skali.. eeyyyy... seram!!

alhamdulillah.. sume dwet aku selamat..hihii.... huh..ade ati nk kenekan aku??? mntang2 r muke aku muke senang kene tipu... hah.. baru dye tw sape aku yg sebena..... huh~

p/s: ati2 la wahai sahabat2ku... klo nk kuar kn dwet.. make sure ade org yg dikenali jage kt blkg.. zaman skg ni mcm2 care org nk menipu... eeee.. k roger n out~