sekadar ingin berkongsi

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

Jumaat, 23 Julai 2010

...Suara Hati Lelaki Penghuni Syurga...


Saudariku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
dan tidak berkesudahan,
sekali kamu terjatuh,jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya,
kamu punya kekuatan untuk bangkit semula,
walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan,
yakinlah kasih sayang dan maghfirah Allah terlalu luas...
Saudariku...
hidup ini seperti mimpi,
seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja,
dipuji dan dipuja,
segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya,
tapi bila dia sedar dari lenanya,
dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa,
seorang raja yang bermimpi,
menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh,
dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yg dilalui,
tapi bila raja itu sedar dari lena,
dia tetap seorang raja...
Saudariku...
itulah hakikat hidup di dunia,
kalau susah,susah yang sementara,
kalau senang, senang yang sementara,
tapi hidup di akhirat, kalau susah sehari, ibarat seribu tahun di dunia,
kalau senang di akhirat..senang untuk selamanya...
Saudariku...
matanglah dalam urusan akhiratmu,
jgn kerna kesenangan dunia yg sementara,
kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya,
jgn kerna kasih makhluk yg sementara, kau hilang kasih Allah di akhirat,
jika kau hilang kasih Allah, kau hilang segalanya...
Saudariku...
Saidatina Aisyah r.a pernah berpesan,
"sebaik baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
jangan kau berasa bangga, kecantikanmu dikejar jutaan lelaki,
itu bukan kemuliaan bagimu, tapi adalah satu penghinaan,
jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dgn pepasir dipantai,
yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja,
di mana seorang pengemis pun mampu memilikinya,
tapi jika kau menganggapnya sebagai satu musibah pada dirimu,
Kau telah memuliakan dirimu setanding mutiara Zabarjad.
yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga sahaja...
Saudariku...
ingatlah pesan Rasulullah s.a.w,
"barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka dia daripada kalangan mereka"
lihatlah penampilanmu,percakapanmu,ataupun akhlakmu,
moga - moga ia mirip Asiah dan Maryam a.s,
mirip isteri-isteri Rasulullah saw dan para sahabiyahnya r.a,
kelak di hari kebangkitan,mereka akan menjadi jiranmu,
tapi apa khabar nasibmu,jika penampilanmu, percakapanmu dan akhlakmu,
seperti akhlak wanita-wanita jahiliyah...?
Saudariku...
jadilah wanita solehah,
yang taat pada Allah dan Rasulnya,
teguhlah menjalankan perintahnya dan meninggalkan larangannya,
jangan kau cuba menambah atau menguranginya
walaupun langit dan bumi menghimpitmu,
jagalah hati, pandangan, pendengaran dan percakapanmu,
binalah hubungan baik dengan Tuhanmu,
beristiqomahlah dalam kebaikan dan kesolehan,
agar tarikan dan hembusan nafasmu,
di dalam keredhaan tuhanmu,
didiklah hatimu seperti hati Rasulullah s.a.w,
walaupun dicaci,dilukai dan disakiti,
tapi baginda tetap mendoakan kebaikan utk umatnya...
Saudariku...
ajarlah jiwamu untuk bersahabat dgn tuhan,
ia tidak semudah pengucapan,
kau akan didatangi pelbagai musibah dan ujian,
di kala jasadmu bersama manusia, tapi ruhmu jauh terbang merindui tuhan,
di kala manusia lalai dengan keduniaan, jiwamu menangis kerna takutkan tuhan,
hiasilah setiap tarikan dan hembusan nafasmu,dengan zikir LailahaillaAllah,
berjalanlah di atas jalan seorang solehah, da'ieah, abidah, alimah,murabiyah dan zahidah,
jalan yg pernah dilalui oleh Maryam a.s, Masyitah a.s dan para sahabiyah r.a,
di mana seorang yang buta pun, apabila melalui jalan ini, mereka akan bertemu syurga Allah...
semoga kamu dimuliakan Allah seperti Saidaina Fatimah r.a..di kala penghulu wanita di syurga itu ingin melalui titian sirat, Allah akan memerintahkan setiap manusia supaya menundukkan pandangan,kerna beliau adalah wanita yang tegar menjaga maruahnya di dunia..betapa tingginya maruah seorang wanita solehah..semoga kamu ditaufiqi Allah untuk mendakapnya.ameeennn
Ibnu Aminah aljuhury..............

Rabu, 21 Julai 2010

MENJADI DIRIKU ^^,

jatuh hati dgn lirik lagu ni.. =)


LIRIK:

Tak seperti bintang di langit

Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

*)
Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku.......

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki

Back to *)

DOWNLOAD LINK:

Khamis, 15 Julai 2010

Diari Seorang Isteri....

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.

"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"
Assalamualaikum.

Abang,

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.

Ikhlas dari

Nur Nisa

Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....

Khamis, 8 Julai 2010

CiTE-ciTE LaWaK!! (^.^)v


*post asal drpd emel seorang kawan=)

Citer 1


Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..

Citer 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Citer 3

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu
awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak
pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk.... .... Benci .........

Citer 4


3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Citer 5

Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It
happen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru
jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler
tapi memang dia betul-betul mabuk. So masa on the way home she got blocked
from the police officer and asked for her driving license and so on but
unfortunately
at the same time tu, there was an accident happen a cross the road. Quite
major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the
accident scene.So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne,
she just ran off back to her car and head straight back home in Klang.
So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu
tanya dia, "AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?"
Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER.
" So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???"
Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER
NGAN HOUSEMATE SAYA."
So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP"
Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??"
Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg
malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna
putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak
pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.

Citer 6

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada
jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu
ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin
hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

Citer 7

Seorang posmen yang datang menghantar surat .
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"

Citer 8

Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

Citer 9

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia
bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya
membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya.
Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki
itu dengan riang.

Citer 10


Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

Citer 11


Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat .
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
"Atok buat apa tu?".
"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?"

Citer 12


Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga
disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Sabtu, 26 Jun 2010

CERPEN: AnDai DiA MiLikU..

Assalamualaikum wbt..
mcm bease... post ni di copy from tmpt laen..=) x igt dari mane.. lame da simpan cerpen ni.. skg nk kongsi ngn korg lak..=p
SELAMAT MEMBACA!!
ORANG kata, jangan benci sangat pada seseorang, kelak kita akan menyintainya separuh mati. Walau tidak termaktub dalam kitab, namun kata-kata inilah yang diperturunkan dari generasi ke generasi.

Pepatah Inggeris pula ada menyebut, it takes a second to know someone, a minute to like someone, an hour to love someone but it takes the rest of your life to forget your love ones. Tiada kajian saintifik membuktikan kesahihannya kerana proses kehidupan manusialah yang menjadi saksi kebenaran pepatah tersebut.
Kata orang, cinta pertama sukar dilupakan walau datang cinta lain kemudiannya. Aku menyangkal. Perjalanan hidupku membuktikan sebaliknya. Tidak semua orang bertuah memiliki cinta pertama sebagai cinta sejati. Bagiku, cinta pertama untuk dikenang. Cinta yang datang kemudiannya mungkin cinta sejati.
Kita tidak tahu bila kita akan bertemu cinta sejati kita. Mungkin pada cinta pertama, kedua, ketiga atau akhirnya kita menyedari bahawa cinta sejati kita hanyalah pada Ilahi. Namun aku bersyukur kerana cinta sejatiku pada Penciptalah yang mempertemukanku dengan insan yang salah dahulu sebelum menemui cinta sejatiku.
Usiaku genap 22 tahun tiga hari lepas. Aku punya kisah cinta yang padan dengan pepatah tersebut. Ya, kerana bencilah aku menahan rasa cinta separuh mati kini. Walaupun baru kutinggalkan hampir empat bulan lalu, aku yakin dan percaya, cinta itulah yang akan terus kukenang selamanya.
Dia, banyak mengajarku bidang ilmu yang kucintai, arkitektur. Dia dengan sinis, sering menegurku tanggungjawab dan peranan seorang insan. Dia, kutinggalkan bersama kenangan. Pastilah kerana cintaku ini pernah bergelar pensyarahku, juga mantan suamiku.
“Saya cabar awak.”
“Saya cabar awak kahwin dengan saya sebaik saja awak habis belajar, which means in this three months time. It's just a challenge. If you aren't dare to, i bet you to tell me all the reasons why you hate me so much. Well, what would you say?”
Cabarannya langsung tidak mengujakan namun ayat terakhirnya benar-benar mencabarku. Aku terima cabarannya asalkan dia juga menyahut cabaranku - kecuali ketika upacara membatalkan wuduk di majlis akan nikah, aku mencabarnya agar tidak langsung menyentuhku. Saat dia menyentuhku, talak jatuh ke atasku. Dengan wajah selamba dan senyuman sinis, dia menyahut cabaranku. Termeterailah perjanjian kami malam itu bersaksikan rakan-rakanku. Gila.
Lawatan akademik yang paling menyayat hati. Rakan-rakan menghakimi perbuatanku. Pelbagai pertanyaan mereka lontarkan. Pulang dari Bali dan kembali meneruskan pengajian, saban hari mereka memujukku melepaskan cabaran. Asal saja Encik Zhafran mengajar, suasana janggal. Kerap dia menghasutku dengan sinis supaya melepaskan cabarannya. Lemas, kadangkala berasa hampir tewas namun janji tetap janji. Aku mahu lebih tabah, lebih kuat. Cukuplah kisah lama.
Hakikatnya aku tidak tahu salahku hingga begitu sekali dia membenciku. Aku hanya insan biasa dengan rutin hidup normal, suka mengelamun dan tiada keistimewaan lain.
Seingatku, hari pertama semester ketiga, dia hadir memperkenalkan diri sebagai Encik Zhafran, mengajar reka bentuk seni bina. Panggilan formal dan santai, Sir Zhafran. Satu tabiatnya, setiap kali dia bertanya ya atau tidak, kami perlu menjawab, “Yes sir!” atau “No Sir!” dengan tegas. Aneh.
Entah mengapa, setiap kali dia menyebut namaku, Aisyah, aku rasa menyampah. Walaupun begitu, aku tetap menghormatinya. Dia prihatin dengan kerjaku, tidak pernah sekalipun dia mungkir singgah di mejaku ketika sesi tutorial. Komennya yang tegas dan membina menyenangkanku. Realitinya, dia juga penyumbang kepada kejayaanku beroleh A dalam subjek tersebut. Untuk itu, aku amat berterima kasih.
Entah mana silapnya, sikap ramah dan prihatinnya terhadapku cuma bertahan satu semester sahaja. Menginjak ke semester keempat, ada saja sikap dan perbuatanku yang tidak kena di matanya. Sesi tutorial, dia tidak lagi singgah di mejaku. Sesi pembentangan, dia jarang menumpukan perhatian namun banyak pula komen dan sindirannya. Kadangkala, terasa seperti diaibkan.
Rakan-rakan menyuruhku bersabar. Mereka juga hairan dengan perubahan tingkahnya terhadapku. Aku muhasabah diri, mencari khilaf yang mungkin menggurisnya. Namun aku buntu. Perasaanku yang sedih dengan perlakuannya bertukar benci lalu aku juga bersikap dingin terhadapnya.
Benar, kebencian bernanah andai kita tidak merawatnya. Setahun dibiar, akhirnya 'nanah' itu pecah lalu terluahlah segala kebencian. Malam persembahan kebudayaan Malaysia - Bali menjadi saksi kebencian kami yang akhirnya bertukar tragedi. Dalam amarah, kami saling mencabar disaksikan rakan-rakan. Aku akan pastikan kemenangan milikku.
Menghormati syariat dan adat, dia melakukan semua yang sepatutnya - menghantar rombongan dan merancang majlis. Ibu tergamam tatkala cincin emas dihulurkan Datin Afifah. Bila ditanya, tenang saja kami menjawab, dah jodoh. Kami memang pandai berlakon, mesra dan ramah di khalayak ramai.
Rabu, peperiksaan akhir tamat. Sabtu, hari 'bahagiaku' menjelang. Majlis akad nikah bersekali resepsi disambut meriah. Tidak henti-henti aku menguntum senyum 'bahagia'. Pastilah, sebentar nanti aku akan memenangi cabaran ini. Hatiku ketawa puas.
Selepas Zuhur, bersaksikan seluruh ahli keluarga, pensyarah dan rakan-rakan, kami diijabkabul. Saat bertentang mata dengannya dan menguntum senyum, aku sayu. Walaupun sekadar permainan, akhirnya aku bergelar isteri. Bodohkah aku?
Cabaran bertukar tangan. Kehidupan kami unik. Tiada bulan madu. Di kondonya, kami tinggal berlainan bilik. Dingin dan terasing. Tiada interaksi yang kerap, bertegur sekadar bertanya perkara yang patut, mengejutkan Subuh atau saling menyindir. Makan biasanya asing, dia di dapur dan aku di hadapan televisyen. Aku menjalani kehidupan yang bahagia sepanjang menyiapkan tesis akhir pengajian bersama 'suamiku'. Dia juga berpegang pada janji. Aku rasa selamat walau tidak mengunci pintu bilik di malam hari.
Keadaannya yang demam teruk satu pagi sebulan selepas pernikahan kami menyedarkanku. Dalam demam dan batuk, dia berkeras tidak mengizinkanku menyentuhnya, bimbang nanti jatuh talak. Gila aku dibuatnya. Kutegaskan sekali lagi syarat cabaran, hanya dia yang tidak boleh menyentuhku, bukan aku. Selama tiga hari menjaganya, aku menyediakan makanan, menyuapkan ubat, menuam dahinya, mengelap badannya malah menemankannya hingga tidur. Kami cuma diam, kadangkala aku perasan genangan air matanya. Sepanjang itu dia berusaha tidak menyentuhku. Betapa dia berpegang pada janji. Aku bungkam. Mengapa?
Selepas dia pulih, kehidupan kami kembali normal. Runsing dengan sikapnya dan tertekan menyiapkan tesis, fikiran dan kesihatanku terganggu. Walaupun demam, aku nekad menyudahkannya. Gagal. Panas badan menghentikanku. Tinggal beberapa muka lagi ketika aku tertidur di depan komputer pukul empat pagi. Jam satu petang terjaga, aku panik. Komputerku ditutup. Pandanganku menangkap tiga buah buku berkulit keras siap dijilid dengan namaku di atasnya. Kusemak hingga helaian terakhir. Itu tesisku! Semua fakta dan hujah yang kulakarkan disampaikan dengan terperinci, padat dan lengkap dengan gambarajah. Sebahagiannya bukan kerjaku, pasti kerja dia.
Maaf saya siapkan, takut awak tak sempat hantar sebelum pukul 5. Jangan risau, saya bukan pensyarah penilai. Makanan dah disediakan, makanlah. Kalau tak larat drive, call me, i'll fetch you. I'm half day today. So then, take care. Again, sorry.
-Zhafran-
Nota kecil tersebut membuatkanku terjelepok ke lantai. Aku menangis, meraung kecil. Geram dan menyampah, sebal. Cukuplah!
Tiga bulan sebumbung dengannya, aku tidak sanggup berpura-pura lagi. Aku perlu segera keluar dari rumahnya dan hilang daripada pandangannya. Aku tak mampu terus bersamanya. Aku nekad menerima tawaran belajar ke Glasgow. Tanpa perasaan, kunyatakan hasrat dan minta dia melepaskanku dengan alasan aku ingin mencari cinta pertamaku. Lama dia diam, kemudian mengangguk dan berlalu. Ibu bapaku hanya kuberitahu tentang hasrat menyambung pengajian.
Lapangan terbang menyaksikan pertemuan dan perpisahan. Di sini juga ada ketawa dan air mata. Dan malam itu, aku ditemani keluarga dan Zhafran. Dia banyak mendiamkan diri, sekali-sekali melayan adik-adikku dan tersenyum memandangku. Saat perpisahan, aku menyalami seluruh ahli keluargaku. Sampai giliran Zhafran, keluargaku menjauh. Hanya aku dan dia. Tiba-tiba, dia menyentuhku, menarik tanganku bersalam dengannya. Hatiku luruh. Perlahan-lahan kutunduk mencium tangannya. Air mataku bergenang. Bangkit semula, dia mencium dahiku lama. Dengan perlahan, dia berbisik, “Saya lepaskan awak. Carilah cinta awak. Saya doakan awak bahagia.”
Lambaian terakhirku pada mereka disertai deraian air mata yang deras mengalir. Aku sebak, amat. Hingga mereka hilang daripada pandangan, aku hanya nampak Zhafran dan senyuman ikhlasnya. Aku menangis dan menangis. Aku mengerti segala yang berlaku, aku yang memintanya. Namun hatiku benar-benar pedih. Tamatlah cabaran, perjanjian dan hubungan kami. Tapi aku pasti, sesuatu telah lama lahir dalam hatiku. Sebelum berlepas, nombor Zhafran kudail. Lama baru kudengar suaranya. Hatiku pedih.
“Kita kalah. Tapi saya kalah teruk bila awak tak tanya alasan membenci awak.
“Sir, i hate you. I have to since i realized that i've fallen into you the second you call out my name years ago and i can't believed it.Saya bukan gadis suci. Memang saya masih dara tapi Ashraf dah terlalu banyak menyentuh saya. Saya kesal dan saya bertaubat. Tapi saya rasa jijik, benci diri sendiri. Saya tak layak untuk sesiapa. Untuk itu, saya tak sanggup menyintai awak. Lepas kahwin, saya semakin membenci diri kerana saya sedar awak sayangkan saya. Tapi saya tak layak untuk awak!” Aku teresak.
“I'm sorry i love you sir. But i'm so sorry i can't love you. Take care.”
*****************
Cintaku berakhir di situ. Di bumi Inggeris ini, aku belajar mengubati hati, menyibukkan diri dengan tugasan dan kuliah. Aku jumpa Ashraf, dia sudah berubah, juga minta kukembali padanya. Maaf, hatiku bukan lagi untuknya. Sesekali ingatanku melayang mengenang Zhafran. Kadangkala termimpikannya dan apabila sedar, aku menangis.
Sejak di KLIA, kami sudah tidak berhubung. Mungkin dia juga sepertiku, ingin melupakan satu sama lain dan memulakan hidup baru. Melupakan? Semakin kuberusaha, semakin kusedari betapa kumerinduinya.
Petang Khamis itu, aku bersiap ke masjid untuk bacaan Yassin. Musim luruh yang nyaman menenangkan hatiku tatkala menyusuri jalan. Pemandangan hijau dan lautan langit biru mengasyikkanku. Bam! Berpinar kepalaku terlanggar tiang lampu di tepi kawasan masjid. Dahi kugosok, cuba mengesan sebarang perubahan.
“Langsung tak berubah, suka mengelamun.”
Aku tersentak lalu berpaling ke arah suara itu. Wajah yang kurindui itu kini di hadapanku, sedikit cengkung.
“Ikut saya.” Zhafran terus menarik lenganku dan mengheretku ke pintu masjid. Agak ramai orang di dewan utama. Dia berpusing memandangku. Matanya menjilat wajahku lama. Aku diam, berdebar.
“Saya tahu awak ada banyak soalan tapi kita boleh cerita nanti. Sekarang ni, saya nak kita masuk dalam dan nikah semula.”
Jantungku seolah terhenti. Kutatapnya dalam. Tanpa sedar aku menapak selangkah ke belakang.
Dia menghela nafas. “Aisyah, awak tahu tak saya dah lama sayangkan awak?”
“Setiap kali saya panggil nama awak, hati saya berdebar. Saya rasa bersalah, saya tak patut jatuh cinta pada pelajar sendiri. Sebab itulah saya dingin terhadap awak untuk mengurangkan rasa bersalah saya. Tapi tak sangka perbuatan saya menyusahkan hingga awak membenci saya. Malam tu di Bali, sebenarnya saya melamar awak takut-takut. Tapi lain pula jadinya.”
Aku tergamam dengan penjelasannya.
“Semua orang buat kesilapan Aisyah, saya pun. Tapi yang penting ialah cara kita menanganinya, siapa kita pada hari ini dan apa kita nak jadi nanti. Kisah silam awak langsung tak mencacatkan perasaan saya terhadap awak.” Dia berhenti.
“Sebulan saya di sini mencari awak, mengikuti rutin harian awak, memandang awak dari jauh. Saya tunggu awak habis edah. Saya tak nak rujuk, nanti kena sambung cabaran dulu. Saya nak nikah semula dengan awak, saya nak awak jadi isteri saya semula.”
Matanya bergenang. “Saya bukan malaikat. Tak ada satu ketika pun saya tak rasa nak sentuh awak. Bila awak tidur, saya masuk bilik tengok awak. Saya teringin usap awak, teman awak tidur. Saya geram tengok awak ketawa depan TV. Dulu masa awak jaga saya, saya rasa susah sangat. Saya sedih kenapa kita jadi macam tu.”
Terdengar esakan. “Aisyah, i need you, i love you so much. I can't be apart from you anymore. Will you take your stupid ex-hubby as your real husband again?”
Terlalu pantas dan mengejutkan. Sebak dan terharu. Lidahku kelu, air mataku sedari tadi tidak berhenti. Lama kuterdiam, cuba mencerna kata-katanya.
“Aisyah, yes or no?”
Lamunanku tersentak. “Yes sir! I do!”
Opss! Dia senyum. Aku tunduk malu.
Orang kata, jika kita cintakan seseorang, bebaskan dia. Jika dia kembali, maknanya dia memang tercipta untuk kita. Aku melepaskan Zhafran namun dia kembali semula padaku. Dia menyedarkanku bahawa kita tidak boleh pilih dengan siapa kita hendak jatuh cinta. Dia membuatkan aku yakin pada diriku. Banyak perubahan berlaku padaku sepanjang mengenalinya. Dia membuatkan aku percaya, sesiapa jua berhak untuk bahagia kerana bahagia diusahakan oleh kita sendiri.
Luahkan hasrat dan impian kita dengan ikhlas dan berusaha memperolehinya. Tiada doa yang tidak didengar, tiada usaha yang disia-siakan. Percaya pada diri dan hati kita. Cintailah diri dan cintailah segala yang kita ada, jangan persiakannya. Oleh itu, Zhafran, terima kasih untuk segalanya....

Sabtu, 5 Jun 2010

jgn meninggalkan solat dgn sengaja...=)

Peristiwa ini berlaku di bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Ketika itu jam menunjukkan 4.00 pagi ustaz menerima panggilan telefon daripada hospital berkenaan supaya menguruskan jenazah tersebut. Jenazah itu telah seminggu tidak dituntut dan ia perlu diuruskan segera kerana bilik mayat telah pun penuh sedangkan ada lagi mayat yang akan disimpan.

Ustaz difahamkan bahawa si mati bukanlah berasal dari Klang dan pihaknya telah gagal mengesan waris keluarganya. Di luar bilik keadaan begitu dingin ,sejuk sunyi hening dan gelap. Cuma yang tinggal hanya ustaz dengan seorang penjaga bilik itu. Kemudian ustaz ingin memulakan tugasnya, dengan berhati-hati membuka laci mayat 313 dengan perlahan.

Setesrunya dengan penuh debaran membuka kain yang menutup muka jenazah tersebut. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia dalam 20-an dan tenung wajahnya buat seketika. Tiba-tiba dengan kehendak Allah muka jenazah itu bertukar sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Pada mula tidak difikirkan aneh kerana mungkin jenazah yang meninggal 7 hari. Tetapi lama-lama semakim hitam legam membuatkan tertanya-tanya dalam hati. Ustaz perhatikan dengan teliti sambil hati tanpa henti membaca ayat-ayat suci al-Quran. Detik demi detik wajah jenazah tersebut berhenti bertukar warna.Ketika itu wajahnya sudah tidak seperti asal tetapi hitam terbakar.

Lantas ustaz pun keluar seketika. "Saya keluar sekejap. Nanti saya uruskan jenazah ini semula",kata kepada penjaga bilik mayat. Ustaz duduk termenung dan memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala ustaz ...

a.. Apakah yang sebenarnya yang terjadi ?
b.. Siapakah pemuda itu ?
c.. Mengapakah wajah bertukar rupa ?

Tidak lama kemudian dengan tiba-tiba telah datang seorang wanita tua berjalan menuju ke arah ustaz. Lantas terfikir sejenak siapa pula wanita ini yang hadir ke bilik mayat jam 4.00 pagi ? Semakin lama semakin hampir dan berdiri di hadapan ustaz. Dia dalam linkungan 60-an dengan memakai baju kurung. "Ustaz, saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu tidak dituntut",kata wanita itu. "Jadi saya nak tengok jenazahnya", tambahnya lagi dengan lembut. Dengan penuh tanda tanya ustaz tidak keberatan membawa wanita ke tempat jenazah ditempatkan. Ustaz menarik laci 313 dan membuka kain penutupnya."Betulkah ini mayat anak makcik ?", tanya ustaz "Makcik rasa betul... tapi kulitnya putih". Makcik liha tlah betul-betul", kata ustaz. Selepas diteliti jenazah berkenaan begitu yakin bahawa mayat ituadalah anaknya.

Ustaz pun menutup kembali mayat itu dan membawa wanita keluar dari bilik mayat. Kemudian tiba-tiba ustaz pun bertanya " Makcik, ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya berlaku sampai wajah anak makcik bertukar menjadi hitam?". tanya ustaz.Wanita enggan menjawab sebaliknya menagis teresak-esak. Ustaz bertanya lagi namun dia tetap enggan seperti menyembunyikan sesuatu. " Baiklah... . kalau makcik tak nak beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak makcik ni." kata ustaz untuk mengertaknya.

Kemudian barulah wanita itu membuka mulutnya.Sambil mengesat air mata " Ustaz ,anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja dia akan bangun dia akan buat tanpa membantah sepatah pun. Dia memang anak yang baik".cerita wanita itu. "Tetapi ... apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya dia mengamuk marahkan makcik.. Kalau kejutkan dia suruh pergi ke kedai dalam hujan lebat pun dia pergi. Tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik akan terus naik angin, itulah yang makcik kesalkan", kata wanita tersebut. Jawapan wanita itu memeranjatkan ustaz.

Lalu teringat kepada hadis Rasulullah bahawa, barang siapa yang tidak sembahyang , maka akan ditarik cahaya imannya dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku.Pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya malah diaibkan dengan wajah yang hitam. Selepas menceritakan perangai anaknya wanita itu meminta diri berjalan pantas dan hilang dalam gelap. Ustaz kembali menyambung menguruskan jenazah itu memandikan, mengkafan dan menyembahyangkanya. Selepas selesai ustaz pulang kerana esok bertugas sebagai Imam Masjid Negeri Shah Alam.

Selang 2, 3 hari kemudian ustaz tergerak hati untuk menghubungi waris mayat pemuda itu. Melalui nombor telefon daripada pihak hospital terus menghubungi saudara yang agak jauh pertalian saudara. Selepas memperkenalkan diri ustaz pun berkata, "Kenapa dibiarkan orang tua itu ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya kan elok jika dia yang datang kerana berada di KL tak jauh dengan Klang" . Kata ustaz menyebakan orang itu terkejut, " Orang tua mana pula " katanya. Ustaz ceritakan tentang bentuk badanya, rupanya, kata-katanya. "Kalau wanita itu yang ustaz maksudkan , peremuan itu adalah emaknya, tapi ... .emaknya dah meninggal lima tahun lalu" Jawab orang itu.. Ustaz terpaku tak tahu apa yang nak jadi ' Apakah ' yang datang menemui saya pagi itu ? Peristiwa ini telah berlaku setahun yang lalu. Walau apapun wanita itu ia adalah sesuatu yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya berlaku. Sabda nabi maksudnya: Bahawa jika sesorang itu meninggalkan solat satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan dineraka selama 80 000 tahun. Bayangkanlah …Sama la kita fikir, apakah cukup solat kita selama ini?jadokan kisah ini sebagai iktibar..

Ahad, 30 Mei 2010

muhasabah cinta

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu